Monday, August 4, 2008

Soalan Licik n Jawapan Cerdik...




( Semua jawapan telah disediakan cuma... di hilangkan utk
menguji tahap IQ anda, Sila baca soalan kemdian jawab sendri,
then compare kan jawapan Anda dgn Jawapan Si Abu..
SELAMAT MENCUBA)



Seorang guru, Cikgu Murni (Umur: 22) menghadapi masalah dengan salah
seorang muridnya (Abu). Lalu guru ini bertanya kepada murid tersebut :

"Apa sebenarnya masalah awak, Abu?"

Lalu Abu menjawab, "Saya terlalu cerdik untuk berada di darjah 4, kakak
saya menduduki UPSR dan saya lebih cerdik dari dia, maka saya seharusnya
berada di tempat yang sama juga!".

Cikgu Murni dah tak tertahan. Dia bawa Abu ke pejabat pengetua.

Sementara Abu menunggu di ruang tamu, Cikgu Murni terangkan keadaan
tersebut kepada pengetua. Pengetua mengatakan yang dia akan berikan ujian
kepada Abu dan jika Abu gagal menjawab, maka Abu harus kekal di darjah 3
dan berkelakuan baik. Abu dibawa masuk ke pejabat Pengetua dan Cikgu
Murni terangkan pada Abu dan Abu bersetuju untuk ambil ujian yang akan
diberikan.


Pengetua: Apa 3 x 3?

Abu: 9



Pengetua: Apa 6 x 6?

Abu: 36


Pengetua terus bertanyakan soalan2 berdasarkan tahap pencapaian murid2
UPSR dan si Abu mampu menjawab tiap soalan yang diberikan.
Lalu pengetua memandang Cikgu Murni dan berkata,

"Saya rasa murid ini sepatutnya berada di darjah 6",

Lalu Cikgu Murni berkata pada pengetua, "Saya ada soalan saya sendiri,
boleh tak saya ajukan pada Abu?".

Pengetua dan Abu bersetuju.


Cikgu Murni: Apa yang lembu ada 4 di badan, tapi saya cuma ada dua?

Abu: (berfikir)
Kaki



Cikgu Murni: Apa yang ada di dalam seluar kamu tapi tidak pada seluar
saya?

Abu:
Saku



Cikgu Murni: Apa yang bermula dengan huruf "K" akhir dengan "A", ianya berbulu, berbentuk oval, nyaman dan mengandungi lapisan nipis keputihan?

Abu:
Kelapa



Cikgu Murni: Apakah yang masuk keras dan berwarna "pink", bila keluar lembik dan melekit?

Mata Pengetua terbuka luas dan sebelum sempat dia menahan, siAbu terus
menjawab.

Abu:
Gula-gula getah (Bubblegum)



Cikgu Murni: Apa yang mereka lakukan, lelaki secara berdiri, wanita
secara duduk dan anjing secara tiga kaki?

Mata Pengetua sekali lagi terbuka sangat2 luas dan sebelum dia sempat
hendak menahan si Abu terus menjawab.

Abu:
Bersalaman



Cikgu Murni: Baik, sekarang saya akan ajukan soalan berbentuk siapakah saya, okay?

Abu: Baik Cikgu



Cikgu Murni: Awak memasukkan batang kedalam saya. Awak ikat saya untuk saya berdiri. Saya kebasahan sebelum awak.

Pengetua kelihatan resah dengan soalan yang diajukan oleh Cikgu Murni.

Abu:
Khemah



Cikgu Murni: Jari memasuki saya. Awak menggesel-gesel saya bila awak
teringatkan saya. Lelaki idaman akan mendapat saya dahulu.

Pengetua semakin resah dan tidak selesa. Lantas terus meneguk segelas
Nescafe 3in1.

Abu:
Cincin perkahwinan



Cikgu Murni: Saya ada bermacam-macam saiz. Bila saya sakit saya akan
meleleh. Bila saya keluar, banyak tisu yang akan digunakan. Bila awak
hembuskan saya, akan berasa lega.

Sekali lagi pengetua rasa amat resah dengan soalan yang di ajukan oleh
Cikgu Murni dan ingin membantah, tapi si Abu mendahuluinya.

Abu:
Hidung



Cikgu Murni: Saya batang yang keras. Hujungnyatajam. Saya akan datang dan masuk dengan lajunya.

Abu:
Anak panah


Cikgu Murni: Sekarang saya akan ajukan soalan dalam Bahasa Inggeris, okay?

Abu: Okay


Cikgu Murni: What word starts with a ' F ' and end in ' K ' that means lot of heat and excitement?

Abu:
Firetruck



Cikgu Murni: What word starts with a ' F ' and ends in ' K ' & if you dont
get it you have to use your hand.

Abu:
Fork



Cikgu Murni: What is it that all men have one of. It ' s longer on some
men than on others, the pope does not use his, and a man gives it to his
wife after they are married?

Abu:
Surname



Cikgu Murni: What part of the man has no bones but has muscles, lots of
veins and loves pumping?

Abu:
Heart


Pengetua menghembuskan nafas kelegaan bila mendengar jawapan yang
diberikan oleh si Abu, lantas berkata

"Baik hantar murid ini ke Universiti Malaya; jawapan yang saya fikirkan
semuanya salah".



P/s: Jika jawapan anda semua salah, anda adalah sama spesies dengan pengetua yang mempunyai pemikiran kuning.....hehehe



Jika rasa sangsi, sila semak jawapan anda ... tekan button kiri mouse kemdian highlight kan dgn jawapan Abu...



2 comments:

neo said...

nasib baik jwpn aku sama dgn si Abu...hehehehe

Bangbros said...

Pemikiran hijau...
Selamat...
Tp xleh jadi pengetua le..
Hehehe..